SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BUTTERWORTH


               Sekolah ini dibuka pada 27 April 1958 dan dinamakan Sekolah Pertukangan Luar Bandar untuk memberi peluang kepada pelajar di negeri Pulau Pinang yang telah tamat darjah 6 untuk menjalani " Ilmu Pertukangan Kayu dan Logam " . Kumpulan pertama seramai 50 orang menjalani latihan ini yang dikelolakan oleh 5 orang guru.

             1960,  nama sekolah ini ditukar kepada " Sekolah Lanjutan Kampong". Mata pelajarannya juga turut berubah dan ditambah. Antaranya ialah Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Rendah di samping mata pelajaran tambahan iaitu "Perternakan Lembu dan Kambing" .Kumpulan pertama yang mengambil Peperiksaan SRP pada tahun 1962 seramai 44 orang. 5 orang mendapat pangkat A dan 12 orang mendapat pangkat C.

             1968, nama sekolah ini ditukar lagi kepada " Sekolah Menengah Vokasional " hingga 1996. Mulai 1997 sekolah ini dinaikkan tarafnya kepada Sekolah Menengah Teknik, Butterworth ( SMTBw) hingga ke hari ini. Sekolah ini telah mendapat khidmat dari beberapa orang Pengetua antaranya ialah arwah Tn. Hj. Murad, Tn. Hj. Md. Noor Ismail, Tn. Hj. Mahadi dan sekarang Tn. Hj. Othman Bakar.

             SMTBw boleh menampung bilangan pelajar seramai 600 orang. Mempunyai 2 aliran Teknik dan 6 aliran Vokasional serta 6 Kursus Kemahiran. Yang pasti sekolah ini adalah antara sekolah Vokasional / Teknik yang tertua di negara ini. Anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Terima kasih.


 PIAGAMMATLAMAT


SYARAT  KEMASUKAN

KOKURIKULUM 
editor/irmus/Mac 2000