PENGURUSAN PERNIAGAAN

Pengenalan Kursus

 Kurikulum untuk kursus ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu mata pelajaran am dan komponen mata pelajaran Pengurusan Perniagaan.
Hampir 50 % daripada masa ditumpukan kepada komponen
mata pelajaran Pengurusan Perniagaan.

 Tujuan kursus ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar
dengan pengetahuan dan kefahaman dalam:-

i. Aspek perdagangan, perniagaan dan perkhidmatan pembantu
kepada perniagaan serta peranan kerajaan dalam menggalak
dan mengawal perniagaan.

ii. Aspek penubuhan dan pengurusan perniagaan runcit serta
faktor yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan atau
kegagalan sesebuah perniagaan itu.

iii. Membina sikap yang positif terhadap bidang perniagaan
atau dalam menjalankan sesuatu perniagaan.

iv. Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam prinsip dan amalan simpankira/perakaunan
yang mencukupi supaya dapat mengendalikan, menganalisis dan
menyediakan dokumen dan rekod perakaunan secara teratur dan betul.

v. Supaya pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas pemprosesan perkataan
(word processing) dan pemprosesan data ( data processing) serta
operasi sistem komputer bagi membolehkan
mereka mengambil bahagian yang cergas dalam
aktiviti pemprosesan perkataan dan
data dalam konteks pejabat atau perniagaan..