PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK - Pelajar Teknik
KURSUS ELEKTRIK - Pelajar Vokasional
KURSUS ELEKTRONIK - Pelajar Vokasional

Pengenalan Kursus
 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bertujuan untuk meningkatkan daya intelek, mengenai kefahaman perkembangan teknologi semasa dan menyesuaikan diri untuk berfungsi secara berkesan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmoni dan progresif.
Objektif
i. Boleh mengamalkan peraturan keselamatan dan pertolongan cemas.
ii. Menyedari kepentingan dan keperluan elektrik dalam kehidupan harian.
iii. Mengetahui dan memahami sumber elektrik dan kegunaannya.
iv. Mengetahui prinsip-prinsip elektrik, hukum-hukum dan formula yang mudah
yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik.
v. Mengenalpasti komponen-komponen elektrik dan elektronik
serta simbol-simbol konvensyen.
vi. Mempertingkatkan kemahiran yang berteraskan kenal faham teknologi
Kejuruteraan elektrik untuk berfungsi secara berkesan dalam urusan harian.
vii. Menjalankan kerja-buat sendiri, menyenggara dan baikpulih perkakas elaktrik dan
elektronik dan menyedari potensi kearah menjadi usahawan.
viii. Mengamal nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik dan yakin terhadap
sebarang kerja dan menghormati dan menghargai kerjaya kolar biru.
ix. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, kerjasama dan mengamalkan
cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat dan bertanggungjawab.
x. Memupuk minat dalam bidang kejuruteraan elektrik.
xi. Mendapat pengetahuan asas untuk melanjut pelajaran
dalam kejuruteraan elektrik.
Tenaga pengajar


    ke  KFL   ABM Auto  BB  PKA PPN  Lukisan