PIAGAM

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BUTTERWORTH

Menyedari bahawa anak-anak didik kami adalah harta yang tidak ternilai harganya, maka kami, keluarga SMT Butterworth berjanji dan menyatakan KOMITMEN kami bahawa kami akan

- memberi peluang seluas-luasnya kepada anak-anak didik kami untuk mengembangkan potensi masing-masing,

- berlaku adil dan saksama kepada mereka dalam pemberian peluang dan kemudahan tanpa diskriminasi,

- menyediakan kemudahan-kemudahan dan suasana pembelajaran di sekolah ini sebaik mungkin.

- mengajar dengan IKHLAS dan SEPENUH HATI hingga mereka faham

- MEMBANTU dan MEMBIMBING mereka dalam SEMUA HAL berkaitan dengan PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN,

- sentiasa memberi LAYANAN MESRA kepada ibubapa/orang ramai,

- MEMBANTU ibu bapa dalam MENANGANI masalah anak-anak mereka di sekolah ini,

- MEMAKLUMKAN kepada ibu bapa dari masa ke semasa tentang KEMAJUAN/KEMEROSOTAN pelajaran dan/atau DISIPLIN anak-anak mereka disekolah ini,

- MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN pelangan-pelangan (anak-anak didik) kami lebih daripada kepentingan peribadi kami,

- MELAKSANAKAN  TUGAS kamai dengan penuh DEDIKASI, JUJUR dan IKHLAS dan

- sentiasa BERUSAHA untuk mencapai MATLAMAT Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.



                                                        KE PIAGAM PELAJAR