Make your own free website on Tripod.com


AUTOMOTIF



KETUA UNIT AUTOMOTIF
En. Hussain b. Hj. Mansor
guru-guru :
En. Azizan b. Hamat
En. Zainal b. Ariffin
En. Ahmad Nazri Yahaya
En. Mohd zairi b. Osman
En. Yaakob b. Ibrahim

Pengenalan Kursus

 Kurikulum untuk kursus ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu mata pelajaran
am dan komponen mata pelajaran Automotif. Hampir 50 % daripada masa
ditumpukan kepada komponen mata pelajaran Automotif.

 Setelah berjaya menamatkan kursus ini nanti pelajar-pelajar di harap
berkebolehan membuat kerja-kerja berikut:-

i. Mematuhi dan mengamal peraturan keselamatan bengkel.
ii. Memahami proses-proses Automotif.
iii. Boleh mengguna dan menyelenggara alat-alat kelengkapan Automotif.
iv. Mengukur dengan tepat bila menggunakan alat-alat ukuran.
v. Mengesan dan membaiki kenderaan.
vi. Kerja-kerja penalaan bagi enjin petrol menggunakan alat-alat uji seperti
‘Timing Light’, tolok perasa (Jangka sudut dwell), voltmeter dan lain-lain.
vii. Kerja menservis enjin diesel sepert menjujus, merombak pemancit, menggunakan alat-alat pemancit dan melakukan  penalaan pada pam pemancit.
viii. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan peliciran selaras spefikasi.
ix. Baik pulih kepada blok selinder, tutup selinder, membuang karbon, mempelas
injen dan sebagainya pada enjin satu selinder dan banyak selinder.
x. Mengenalpasti, merombak dan menservis bahagian-bahagian kenderaan
seperti karboreta, sistem gantungan, unit cekam, unit stering,
motor penghidup, penjana dan lain-lain.
xi. Membaca dan mentafsir manual bengkel dan katalog alatganti.
xii. Boleh membuat pendawaian kenderaan seperti lampu utama, hon,
pengelap dan lampu isyarat. Tahu mengesan dan memeriksa
kerosakan pada alat-alat elektrik di kenderaan.
xiii. Boleh melakar lukisan-lukisan mekanikal dengan
penumpuan pada lampiran permukaan.

  semula ke kej. Mekanikal

   semula ke  KFL  Elektrik  ABM  BB  PKA  PPN  Lukisan