KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM


Ketua Unit Kimpalan & Fabrikasi Logam
Tn. Hj. Mohd. Arof b. Nordin
guru-guru :
En. Mohamad Zaki b. Abd. Mutalib
En. Subkhiddin b. Hj. Mohd Salleh
En. Arumugam a/l Nadarajan
En. Sa'don b. Ahmad

Pengenalan Kursus

 Kurikulum untuk kursus ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu mata pelajaran am dan komponen mata pelajaran Kimpalan Dan Fabrikasi Logam. Hampir 50 % daripada masa ditumpukan kepada komponen mata pelajaran Kimpalan Dan Fabrikasi Logam.

 Setelah berjaya menamatkan kursus ini nanti pelajar-pelajar di harap berkebolehan membuat kerja-kerja berikut:-

i. Mematuhi dan mengamal peraturan keselamatan bengkel.
ii. Memahami proses-proses Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
iii. Boleh mengguna dan menyelenggara alat-alat kelengkapan Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
iv. Mengamalkan etika kerja dan berkebolehan untuk berdikari.
v. Mengukur dengan tepat bila menggunakan alat-alat ukuran.
vi. Memahami cetakan baru dan pembinaan bendakerja-bendakerja daripada lukisan kerja.
vii. Boleh membaca, melukis dan mentafsirkan lukisan kejuruteraan.
viii. Boleh melakar lukisan-lukisan mekanikal dengan penumpuan pada lampiran permukaan.
ix. Memateri, meloyang dan mengimpal dengan gas dan mesin kimpalan arka.


semula ke kej. mekanikal

    ke   Elektrik  PKA  PPN  Lukisan