BINAAN BANGUNAN


Ketua Unit Binaan Bangunan
En. Alias b. Mohd
guru-guru:

Ooi Chau Chiang

Pn. Maziah Muslim

En. Azhar b. Arshad

En. Khalid b. Abd. Hamid

En. Afendi b. Azis

En. Jabdullah b. Hasan

Pn. Rohana bt. Osman

Pengenalan Kursus

 Kurikulum untuk kursus ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu mata pelajaran am dan komponen mata pelajaran Binaan Bangunan. Hampir 50 % daripada masa ditumpukan kepada komponen mata pelajaran Binaan Bangunan.

 Setelah berjaya menamatkan kursus ini nanti pelajar-pelajar di harap berkebolehan membuat kerja-kerja berikut:-

i. Mematuhi dan mengamal peraturan keselamatan bengkel.
ii. Memilih dan menggunakan dengan cekap alat-alat dan kelengkapan yang digunakan dalam kerja kayu, kerja bata dan lukisan berkenaan.
iii. Membaca dan mentafsir cetakan biru dengan betul.
iv. Melukis dan membuat lakaran butiran-butiran bangunan yang mudah. .
v. Menganggarkan kuantiti bahan bagi suatu kerja yang diberi
vi. Mengira kos bahan dan buruh bagi satu bangunan yang mudah.
vii. Menrancang tanda asas bangunan bagi satu bangunan yang mudah.
viii. Membina tanggam-tanggam yang biasa digunakan dalam kerja kayu dan pertukangan kayu.
ix. Membina, memasang dan membuka acuan kerja konkrit untuk bangunan setingkat.
x. membina dan mesang pintu dan jenang pintu, jenang tingkap, kekuda dan bumbung, tangga lurus, lantai kayu, dinding dan dinding sekat kayu, rangka gerbang dan syiling.
xi. Menjalankan kerja konkrit untuk bangunan setingkat.
xii. Menerap sekurang-kurangnya 50 biji bata sejam.
xiii. Memahami undang-undang ikatan batu-bata untuk tembok satu bata hingga tiga bata tebal dinding.
xiv. Membina tembok bata dan kerja bata tetulang, penjuru, cabang tiang bata, kerja bata berhias dan tembok penahan.
xv. Melepa tembok bagi sebuah rumah setingkat.
xvi. Mengecat muka tembok bahagian dalam dan luar.
xvii. membina sistem aliran untuk rumah setingkat.


home
    ke  KFL  Elektrik  Auto  PPN  Lukisan