ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIK

1. OBJEKTIF ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIK.

        Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan mengekalkan minat tersebut, dan seterusnya  membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian tinggi.

2. MATA PELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

    BIL. JURUSAN KOD MATAPELAJARAN MATA PELAJARAN TERAS

    1. KejuruteraanJentera 51
1.   Fizik2.     Kimia3.     Lukisan Kejuruteraan
4. Matematik Tambahan 5.
Pengajian Kejuruteraan Jentera 1.   Bahasa Melayu2.
        Bahasa Inggeris  3. Matematik 4. Pendidikan Isalam/Pendidikan Moral 5.Sejarah
6.Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
7.  Sains (sekiranya tidak ambil mata pelajaran Fizik,
        Kimia dan Biologi.)

    2. Kejuruteraan Awam 52
1. Fizik  2. Kimia   3.Lukisan Kejuruteraan
4. Matematik Tambahan5.     Pengajian Kejuruteraan Awam

    3. KejuruteraanElektrik 53
1.  Fizik   2. Kimia   3. Lukisan Kejuruteraan
4. Matematik Tambahan    5. Pengajian Kejuruteraan Elektrikdan Elektronik

    6. KELAYAKAN PEMOHON

    4.1         Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia.
    4.2         Pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan

    (a) Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah
        Rendah  (PMR)     200__ dan layak memohon memasuki
        Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.

    (b) Dilahirkan dalam tahun 200___ atau selepasnya.

    (c) Tidak tertahan di mana-mana satu Tingkatan atau Darjah terdahulu daripada tahun 200__

    (d) Bagi yang melalui Kelas Peralihan (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 19___
        atau selepas.

    Catatan:    Pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan hanya akan dipertimbangkan
                     sekiranya ada kekosongan tempat.

    4.3     Pemohon hendaklah memenuhi syarat akademik yang minimum seperti
             dibawah

            Kod Jurusan Pencapaian Mata Pelajaran PMR 200___

    Syarat Utama Syarat Lain

    51 Kejuruteraan Jentera / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Awam

            Mendapat pencapaian minimum kesemua 4 mata pelajaran berikut:
        a. Bahasa Melayu   -  B    b. Matematik – C & Sains – B atau Matematik – B & Sains – C
        c. Kemahiran Hidup – C
            Mendapat pencapaian minimum Peringkat C dalam
            satu mata pelajaran dan Peringkat D dalam mana-mana dua mata pelajaran lain.

           Nota: Mereka yang memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang akan di diberi
             keutamaan.

    7. PEPERIKSAAN

    Peperiksaan di akhir Tingkatan 5 ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar yang lulus
    dengan     cemerlang berpeluang melanjut pelajaran kepusat pengajian tinggi dalam dan luar
    negeri.

    8. KESIHATAN PEMOHON

    Adalah penting bagi pemohon mempunyai kecenderungan dan minat terhadap jurusan yang
   dipilihnya. Disamping itu sifat fizikal dan kesihatan juga mesti diberi perhatian. Perkara-perkara
   berikut perlu diambilkira:-
 

    8.1 Saiz badan tidak terlalu kecil untuk mengikuti jurusan yang dipilih.

    8.2 Pemohon bagi kursus yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik, hendaklah mempunyai
         penglihatan yang jelas dan tidak rabun warna.

    8.3 Kesihatan pemohon hendaklah baik, tidak mengidapi penyakit seperti lemah jantung, darah
        tinggi, kencing manis, alahan (allergy), migraine, lelah (asthma), pekak, pitam, sawan
        (epilepsy), rabun dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan pemohon semasa
        menjalankan kerja amali.

    6.  ASRAMA

     Tempat asrama terhad. Oleh itu pemohon dikehendaki memilih sekolah yang berhampiran
    dengan  tempat tinggal yang ada menawarkan jurusan yang dimohon.